Apa?





Saya pernah rasa kehilangan seorang ayah. Saya pernah menyukai seseorang. Saya pernah merasa manisnya sebiji epal . Saya pernah merasa bagaimana disayangi oleh sahabat sahabat. Saya pernah merosot . Saya pernah gemilang. Saya pernah berharap saya mempunyai seorang kekasih hati yang tampan. Saya pernah merasa kasih sayang ahli saudara. Saya pernah merasai kepahitan hidup. Saya pernah merasai masamnya perasaan itu.

Saya pernah merasai macam macam. Tetapi tidak sebanyak orang tua saya.

Apa?

Apa yang mahu dibicarakan? Adakah saya perlu tunduk dan sujud pada duniawi? Rasanya hanya Sang Pencipta yang layak dipuja dan disujud. Perasaan egois serta meninggi diri pernah juga tertanam dalam diri ini, sehingga lalai. Saya malu pun ada , tapi masih kekal dengan perasaan malu saya. Bukan apa, manusia ini pelik dan kompleks. Rumit sungguh. Saya pun tidaklah mengerti mana. Cuma sekadar boleh beri pandangan yang terbatas. Ah. Apa ini. Apa.


Saya sedih . Ya . Ayahanda tercinta telah pulang ke rumah asalnya , telah berjumpa dengan Pencipta-Nya. Beliau meninggalkan dunia yang uzur ini dengan tenang. Alhamdulillah. Apa yang perlu saya minta lagi? Penderitaan beliau telah berakhir. Ya Tuhan kami, tempatkan ayahandaku di kalangan orang orang yang beriman kepada-Mu. Doa itu senjata , kata orang orang mukmin. Ya , saya percaya kepada doa . Doa mampu membantu saya dalam setiap perkara yang dipandang berat. Enteng apanya. Berat sungguh. Saya hanya mampu menangis dan menangis. Apatah lagi menggalasnya. Tapi dia masih mampu ketawa berdekah dekah. Pelik. Apa ini? Manusia memang bijak memakai topeng kegembiraan. Di sebalik topeng yang riang itu, terselit kesedihan yang Tuhan saja tahu. Saya menepuk dahi dan terjelepuk sebentar. Ya.

Barangkali saya juga bersalah.
Saya tak kuat iman.
Saya tak kuat perasaan kasih sayang.
Entahlah.
Mungkin tercatat sudah perkara yang bakal kita tidak jangka
Namun Ya Tuhan kami, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui, dan Pengatur segala rancangan.
Berkatilah hidup kami.
Amin.